BADAN CERGAS MINDA CERDAS

Bersenam dapat mencerdaskan minda anda

Khamis, 2 September 2010

PROJEK LAMAN BADAN CERGAS MINDA CERDAS PANITIA PJPK SMK TAMAN PUTRI KULAIJAYA

             PANITIA PJPK SMK TAMAN PUTRI KULAIJAYA telah menjalankan satu Program Laman Badan Cergas Minda Cerdas.Laman ini merupakan satu tempat atau ruang yang membolehkan murid, guru dan warga sekolah mendapatkan serba sedikit maklumat berkaitan ilmu pengetahuan PJPK dan isu-isu semasa .Projek ini adalah satu alternatif tambahan mempelbagaikan stesen alam sekitar selain bertujuan memanfaatkan ruang kosong di bahagian bawah tangga yang di sebelah bilik pengurusan sukan. Projek ini juga merupakan sebahagian daripada projek sekolah lestari.

              Matlamat adalah murid, guru dan kakitangan dapat menambahkan pengetahuan, merehatkan minda serta mencetuskan kesedaran menghargai dan menyayangi alam sekitar.

            Objektif adalah membentuk sahsiah dan sikap murid yang sentiasa mengambil tahu isu-isu semasa dan ilmu pengetahuan PJPK.

            Program Pelaksanaan
  1. Membina mural dan lanskap yang bertema alam sekitar,sukan dan kesihatan.
  2. Menyusun atur dan membuat hiasan tambahan laman
  3. Melengkapkan laman dan ruang dengan maklumat berkaitan PJPK
  4. Menyelenggaran kebersihan dan kekemasan laman dari masa ke masa.
Program ini akan memberi faedah kepada semua warga sekolah di samping memaksimakan ruang kosong yang terdapat di sekolah. Ia juga dapat menceriakan sekolah dan memenuhi matlamat sebagai sekolah lestari yang berjaya serta cemerlang.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan