Khamis, 2 September 2010
KEM ORIENTEERING
JKD Panitia PJPK Sekolah Menengah Kebangsaan Kulaijaya telah mengadakan Kem Orienteering Peringkat Daerah di SMK Tunku Abdul Rahman Putra pada 8 Mei 2010. Sehubungan itu, setiap sekolah telah menghantar 6 orang murid di kalangan murid tingkatan dua sebagai peserta berjumlah 96 orang. Manakala, setiap sekolah telah menghantar dua orang guru PJPK.
OBJEKTIF KEM ORIENTEERING adalah seperti berikut :
SESI PENDAFTARAN PESERTA OLEH JAWATAN KUASA PENDAFTARAN
OBJEKTIF KEM ORIENTEERING adalah seperti berikut :
- Membina sikap bekerjasama, kepimpinan, kecekapan berfikir, menghayati alam semulajadi serta ketahanan diri terhadap rintangan-rintangan dan pandai menjaga harta benda keperluan kita.
- Memperolehi pengetahuan mengenai membaca peta dan kemahiran menggunakan kompas.
- Memperolehi kemahiran memilih sasaran yang tepat serta penilaian sekeliling denga bantuan peta dan kompas.
- Menimbulkan keseronokan dan menguji kemahiran seseorang peserta.
Pegawai/Fasilitator Pusat Kokurikulum Johor En. Nasri Bin Abd. Gani sedang memberi taklimat kepada peserta Kem Orientering
PETA LAKAR SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, KULAIJAYA
PESERTA SEDANG MENJALANI AKTIVITI ORIENTEERING DENGAN MENGGUNAKAN PENANDA DIATAS
Ucapan Penutupan Rasmi oleh En. Rozani B. Mohamad, Penolong PPD Sains Kemasyarakatan Kulaijaya / Penasihat Kem Orienteering
ALATAN YANG TELAH DIGUNAKAN OLEH PESERTA UNTUK ORIENTEERING
KOMPAS SUUNTO A-10
En Rozani B. Mohamad Penolong PPD SainsKemasyarakatan
Kulaijaya /Penasihat Kem Orienteering diiringi oleh Pengerusi JKD Panitia PJPK Pn. Shamiah Bte. Ismail telah menutup rasmi Kem Orienteering dan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan
KAIN RENTANG KEM ORIENTEERING TAHUN 2010
JAWATAN KUASA PENGELOLA KEM ORIENTEERING TAHUN 2010
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA
PROJEK LAMAN BADAN CERGAS MINDA CERDAS PANITIA PJPK SMK TAMAN PUTRI KULAIJAYA
PANITIA PJPK SMK TAMAN PUTRI KULAIJAYA telah menjalankan satu Program Laman Badan Cergas Minda Cerdas.Laman ini merupakan satu tempat atau ruang yang membolehkan murid, guru dan warga sekolah mendapatkan serba sedikit maklumat berkaitan ilmu pengetahuan PJPK dan isu-isu semasa .Projek ini adalah satu alternatif tambahan mempelbagaikan stesen alam sekitar selain bertujuan memanfaatkan ruang kosong di bahagian bawah tangga yang di sebelah bilik pengurusan sukan. Projek ini juga merupakan sebahagian daripada projek sekolah lestari.
Matlamat adalah murid, guru dan kakitangan dapat menambahkan pengetahuan, merehatkan minda serta mencetuskan kesedaran menghargai dan menyayangi alam sekitar.
Objektif adalah membentuk sahsiah dan sikap murid yang sentiasa mengambil tahu isu-isu semasa dan ilmu pengetahuan PJPK.
Program Pelaksanaan
Matlamat adalah murid, guru dan kakitangan dapat menambahkan pengetahuan, merehatkan minda serta mencetuskan kesedaran menghargai dan menyayangi alam sekitar.
Objektif adalah membentuk sahsiah dan sikap murid yang sentiasa mengambil tahu isu-isu semasa dan ilmu pengetahuan PJPK.
Program Pelaksanaan
- Membina mural dan lanskap yang bertema alam sekitar,sukan dan kesihatan.
- Menyusun atur dan membuat hiasan tambahan laman
- Melengkapkan laman dan ruang dengan maklumat berkaitan PJPK
- Menyelenggaran kebersihan dan kekemasan laman dari masa ke masa.
Langgan:
Catatan (Atom)