BADAN CERGAS MINDA CERDAS

Bersenam dapat mencerdaskan minda anda

Khamis, 2 September 2010

BILIK PENGURUSAN SUKAN

KEM ORIENTEERING

          JKD Panitia PJPK Sekolah Menengah Kebangsaan Kulaijaya telah mengadakan Kem Orienteering Peringkat Daerah di SMK Tunku Abdul Rahman Putra pada 8 Mei 2010. Sehubungan itu, setiap sekolah telah menghantar 6 orang murid di kalangan murid tingkatan dua sebagai peserta berjumlah 96 orang. Manakala, setiap sekolah telah menghantar dua orang guru PJPK.

          OBJEKTIF KEM ORIENTEERING adalah seperti berikut :
  1. Membina sikap bekerjasama, kepimpinan, kecekapan berfikir, menghayati alam semulajadi serta ketahanan diri terhadap rintangan-rintangan dan pandai menjaga harta benda keperluan kita.
  2. Memperolehi pengetahuan mengenai membaca peta dan kemahiran menggunakan kompas.
  3. Memperolehi kemahiran memilih sasaran yang tepat serta penilaian sekeliling denga bantuan peta dan kompas.
  4. Menimbulkan keseronokan dan menguji kemahiran seseorang peserta. 

 



Pegawai/Fasilitator  Pusat Kokurikulum Johor En. Nasri Bin Abd. Gani sedang memberi taklimat kepada peserta Kem Orientering




                             PETA LAKAR SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, KULAIJAYA




              PESERTA SEDANG MENJALANKAN SESI PARKTIKAL DALAM KUMPULAN BERDASARKAN PETA LAKAR DI ATAS.



PESERTA SEDANG MENJALANI AKTIVITI ORIENTEERING DENGAN MENGGUNAKAN PENANDA DIATAS 



  SESI PENDAFTARAN PESERTA OLEH JAWATAN KUASA PENDAFTARAN

 

       Ucapan Penutupan Rasmi oleh En. Rozani B. Mohamad, Penolong PPD Sains Kemasyarakatan Kulaijaya / Penasihat  Kem Orienteering


ALATAN YANG TELAH DIGUNAKAN OLEH PESERTA UNTUK ORIENTEERING


KOMPAS SUUNTO A-10















 En Rozani B. Mohamad Penolong PPD SainsKemasyarakatan                
Kulaijaya /Penasihat Kem Orienteering diiringi oleh Pengerusi JKD  Panitia PJPK Pn. Shamiah Bte. Ismail telah menutup rasmi Kem Orienteering dan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan



KAIN RENTANG KEM ORIENTEERING TAHUN 2010

JAWATAN KUASA PENGELOLA KEM ORIENTEERING TAHUN 2010
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA

PROJEK LAMAN BADAN CERGAS MINDA CERDAS PANITIA PJPK SMK TAMAN PUTRI KULAIJAYA

             PANITIA PJPK SMK TAMAN PUTRI KULAIJAYA telah menjalankan satu Program Laman Badan Cergas Minda Cerdas.Laman ini merupakan satu tempat atau ruang yang membolehkan murid, guru dan warga sekolah mendapatkan serba sedikit maklumat berkaitan ilmu pengetahuan PJPK dan isu-isu semasa .Projek ini adalah satu alternatif tambahan mempelbagaikan stesen alam sekitar selain bertujuan memanfaatkan ruang kosong di bahagian bawah tangga yang di sebelah bilik pengurusan sukan. Projek ini juga merupakan sebahagian daripada projek sekolah lestari.

              Matlamat adalah murid, guru dan kakitangan dapat menambahkan pengetahuan, merehatkan minda serta mencetuskan kesedaran menghargai dan menyayangi alam sekitar.

            Objektif adalah membentuk sahsiah dan sikap murid yang sentiasa mengambil tahu isu-isu semasa dan ilmu pengetahuan PJPK.

            Program Pelaksanaan
  1. Membina mural dan lanskap yang bertema alam sekitar,sukan dan kesihatan.
  2. Menyusun atur dan membuat hiasan tambahan laman
  3. Melengkapkan laman dan ruang dengan maklumat berkaitan PJPK
  4. Menyelenggaran kebersihan dan kekemasan laman dari masa ke masa.
Program ini akan memberi faedah kepada semua warga sekolah di samping memaksimakan ruang kosong yang terdapat di sekolah. Ia juga dapat menceriakan sekolah dan memenuhi matlamat sebagai sekolah lestari yang berjaya serta cemerlang.